Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain

13 April 2025
“Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain.” Jack Ma pernah berkongsi satu nasihat yang cukup makan dalam, “Jangan terlalu cepat menceritakan rancangan kita kepada orang lain.” Ketika beliau masih muda, beliau sendiri sering teruja. Setiap kali muncul idea baru, beliau akan kongsikan kepada rakan-rakan. Mereka berbincang panjang, berangan besar. Dari memulakan perniagaan hinggalah mahu mengubah dunia. Namun selepas beberapa ketika, beliau mula sedar… semakin banyak dia bercerita, semakin banyak rancangannya terbantut. Apa yang sebenarnya berlaku? Apabila kita terlalu awal berkongsi impian, kita mengundang terlalu banyak pendapat. Ramai yang akan memberi nasihat, tetapi bukan semua nasihat datang dari pengalaman. Ada yang bercakap atas dasar ketakutan, ada juga yang secara tidak sedar memberikan keraguan dalam diri kita. Lebih bahaya, kadang-kadang kita rasa puas hanya dengan bercerita. Orang memuji, kita rasa seperti sudah berjaya padahal belum bermula apa-apa. Emosi itu boleh menipu kita. Kita jadi leka, dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk bertindak habis begitu sahaja dalam perbualan. Jack Ma memilih untuk diam. Dia simpan visinya. Dia fokus pada tindakan, bukan pada pengumuman. Mereka bekerja dalam senyap, makan mi segera, tidur di pejabat, tanpa gembar-gembur. Dan apabila Alibaba berjaya, ramai yang terkejut. “Bagaimana ini boleh terjadi?” Jack Ma hanya tersenyum. Benarlah katanya “Biar hasil yang berbicara.” Bukan semua orang akan faham impian kita. Bukan semua akan sokong. Dan bukan semua layak tahu. Jadi, simpanlah semangat itu untuk tindakan. Biar orang tahu setelah kita berjaya, bukan sebelum kita bermula. Kredit: Azam Ateh
Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain
“Biar hasil yang berbicara.”
94 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Orang tak peduli pun masa kita susah. Tggu kita senang baru orang nak pinjam duit. haha
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
22 April 2025     1 komen     164 dilihat
Menurut satu kajian laporan belanja isirumah, Bumiputera berbelanja sejumlah RM109billion sebulan manakala kaum Cina RM47billion sebulan dan India RN12.2billion sebulan. Bermakna bahawa Bumiputera menyumbang 65% kepada kekuatan ekonomi pengguna negara. Anehnya ekonomi Bumiputera masih tercorot ke belakang. Ertinya kaum Bumiputera menghabiskan duit mereka kepada kedai dan barangan orang lain bukan kepada kaum mereka sendiri. Tidak […]
24 Mac 2025     1 komen     194 dilihat
Pilihan antara makan gaji dan berniaga bergantung kepada matlamat hidup, tahap kesediaan, dan personaliti seseorang. Berikut adalah perbandingan kedua-duanya: 👨‍💼 Makan Gaji (Bekerja untuk Majikan) ✅ Kelebihan: ➜ Pendapatan stabil – Setiap bulan dapat gaji tetap. ➜ Manfaat pekerjaan – Seperti KWSP, SOCSO, insurans, cuti tahunan, dan faedah perubatan. ➜ Kurang risiko – Tidak perlu […]
22 April 2025     1 komen     120 dilihat
Mereka pernah tinggal bawah LRT demi untuk survive hidup ini. Bila perniagaan masing-masing gagal, Karim Atan (gambar) dan Mohamad Hassan hidup terumbang ambing. Pada tahun 2008 mereka bertemu tanpa dirancang. Karim Atan dan Mohamad Hassan bertemu di sebuah gerai makan dan Karim cadangkan mereka berniaga kuih putu bamboo. Ini kerana Karim pernah belajar resepinya dari […]
Topik terbaru
6 Mei 2026     0 komen     4 dilihat
Nak pilih warna kereta Perodua ni nampak macam benda kecil je, tapi sebenarnya boleh effect rasa puas hati korang lama gila pakai nanti. Ramai orang pilih ikut sedap mata masa tengok showroom je, tapi lepas pakai baru perasan warna tu tak praktikal untuk lifestyle sendiri. Kalau korang jenis busy, tak sempat nak basuh kereta selalu, […]
6 Mei 2026     0 komen     3 dilihat
Kalau korang tengah survey nak beli kereta Perodua, paling penting jangan main pilih ikut sedap mata je. Setiap model tu sebenarnya dah “dibina” untuk kegunaan tertentu. Jadi lagi mudah kalau korang tengok satu per satu ikut model dan faham siapa yang sesuai pakai. – Perodua Axia Axia ni memang pilihan paling basic tapi sangat praktikal. […]
6 Mei 2026     0 komen     2 dilihat
Nak beli kereta ni sebenarnya bukan sekadar tengok design lawa, masuk duduk rasa best, terus decide nak ambik. Ramai orang tersilap kat sini sebab ikut emosi dulu, baru fikir logik kemudian. Padahal kereta ni komitmen jangka panjang, bukan pakai setahun dua dah settle. First sekali, korang kena jelas tujuan beli kereta tu. Nak guna pergi […]
Lain-lain topik
23 Mac 2025     2 komen     150 dilihat
Jan Koum, pengasas WhatsApp, adalah satu lagi contoh bagaimana seseorang boleh bangkit dari kesusahan dan menjadi jutawan melalui usaha dan keazaman. 🥇 Belakang Kehidupan Jan Koum dilahirkan pada tahun 1976 di sebuah perkampungan kecil di Ukraine yang ketika itu masih di bawah pemerintahan Soviet Union. Kehidupan di sana sangat susah, dan keluarganya hidup dalam keadaan […]
3 Jun 2025     0 komen     85 dilihat
Apa sebab masih guna wordpress utk buat salespage sedangkan dah ada yg dah lengkap seperti onpay.my dan bcl.my? _______________ Walaupun Onpay.my dan BCL.my menawarkan sistem lengkap untuk jualan, masih ramai yang memilih WordPress untuk bina salespage mereka. Ini bukan soal ikut trend semata-mata, tetapi lebih kepada kawalan, fleksibiliti dan kos jangka panjang. . 1. Kebebasan […]
23 Mac 2025     3 komen     120 dilihat
Menjual sesuatu memerlukan gabungan strategi, kemahiran komunikasi, dan pemahaman tentang pelanggan. Berikut adalah langkah-langkah utama untuk menjual apa sahaja dengan berkesan: . 1. Fahami Produk atau Perkhidmatan Anda Anda mesti percaya dengan apa yang anda jual. Jika anda sendiri ragu-ragu, pelanggan juga akan berasa begitu. Ketahui: ✅ Manfaat – Bagaimana ia boleh menyelesaikan masalah pelanggan? […]
HabNiaga.com © 2026