Kajian: Bumiputra berbelanja RM109 bilion sebulan
Menurut satu kajian laporan belanja isirumah, Bumiputera berbelanja sejumlah RM109billion sebulan manakala kaum Cina RM47billion sebulan dan India RN12.2billion sebulan. Bermakna bahawa Bumiputera menyumbang 65% kepada kekuatan ekonomi pengguna negara.
Anehnya ekonomi Bumiputera masih tercorot ke belakang.
Ertinya kaum Bumiputera menghabiskan duit mereka kepada kedai dan barangan orang lain bukan kepada kaum mereka sendiri. Tidak hairan kedai2 hari ini menggunakan orang Melayu dan Bumiputera sbg duta atau ejen pemasaran mereka. Banyak juga barangan yang dibuat oleh bangsa lain tetapi dijenamakan dengan jenama Melayu atau “islamik” semata2 kerana mahu menarik pembeli Melayu.
Cuba bayangkan jika sekiranya jumlah sedemikian banyak disalurkan kepada kedai2 Bumiputera/Melayu, berapa ratus billionaire Melayu yg boleh dilahirkan!!!
Berapa ramai usahawan Melayu pulak yg boleh dilahirkan dan ribuan anak2 muda Melayu yg boleh mendapat pekerjaan. Ini satu contoh pandangan yg simple dan mudah difahami. Tak payah berbelit2 dengan pelbagai formula.
Orang Melayu dan Bumiputera kena ubah mentaliti mereka dan melihat ini satu peluang bagi meningkatkan ekonomi mereka tanpa peru banyak sokongan dari kerajaan. Beli di kedai dan barangan muslim. Simple je kan?
Tetapi kenapa orang Melayu masih tidak mahu membeli barangan muslim? Kerana mereka nak mudah, malas berfikir, nak barangan yg lebih murah walaupun perbezaan itu hanya 10sen. Yg lebih aneh ia berlaku bukan dikalangan orang biasa sahaja tetapi berlaku kepada institusi agama dan orang agama.
Walaupun hadith dan ayat al quran itu cair di bibir mereka namun dalam praktis kehidupan mereka masih mencari barangan “orang lain”. Tidak ada perasaan utk buat sedikit usaha “jihad” dengan membeli barangan dan kedai muslim.
Renungkan lah!!!
Kredit: Aminuddin Yahaya
164 dilihat
1 komen
2
0
Sila log masuk untuk komen.

Dulu wujud usaha BMF. Tapi orang Melayu juga yang ramai menentang. Diakui BMF tak mampu nak naikkan ekonomi orang Melayu kerana bisnes berkait sentimen takkan kekal lama. Tetapi sayang, sepatutnya usaha ini disokong semua orang Melayu, bukannya memperlekehkannya. Jika ada kekurangan, sama-sama perbetulkan. Tapi tu lah kan...
1 tahun lalu
Balas
2
0






