[admin] Panduan forum

23 Mac 2025
Selamat datang ke forum HabNiaga.com. Forum adalah ruangan untuk berbincangan berkaitan perniagaan atau topik berkaitan. Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pos forum, pastikan anda meneliti perkara berikut: 1. Topik jelas mengikut kategori. - Pastikan topik yang anda mahu pos berkaitan dengan dunia perniagaan atau seumpamanya sahaja. - Pastikan kategori topik dipilih dengan betul untuk memudahkan carian pengguna. - Pastikan ayat penulisan memudahkan pembaca untuk membaca. . 2. Topik tidak berulang. - Pastikan topik yang anda mahu pos tidak berulang. Sila buat carian forum terlebih dahulu sebelum buat pos baru. - Pos berulang kemungkinan akan digabungkan menjadi satu topik oleh pihak admin. - Jika topik sudah wujud, dan anda ada idea tambahan, sila tambah pada ruangan komen sahaja. - Pos berulang atau SPAM akan dibuang. . 3. Elakkan topik sensitif. - Elakkan topik yang sensitif seperti isu peribadi, kaum, agama, politik dan sebagainya. - Pos yang sensitif akan dibuang oleh admin. . 4. Cara buat komen. - Pastikan komen adalah berkaitan dengan pos yang dikomen. - Hormati ahli forum lain dalam memberi komen. - Elakkan pergaduhan yang boleh merosakkan keadaan dan hubungan. . 5. Bahasa Melayu sahaja. - Setiap pos dan komen hanya diutamakan dalam Bahasa Melayu sahaja. - Sebarang pos dan komen yang mengutamakan bahasa lain, kemungkinan akan diterjemah secara auto ke dalam Bahasa Melayu oleh sistem AI kami. . 6. Pengiklan digalakkan buat pos dan komen. - Jika anda ada membuat iklan di laman iklan, pastikan anda sentiasa buat pos dan komen bermanfaat. - Tindakan ini akan membantu pelawat forum melawat profil anda dan dapat melihat iklan yang anda buat. . 7. Elakkan beriklan di pos atau komen. - Jika anda mahu beriklan, sila ke laman iklan. - Sebarang pos dan komen yang berunsur iklan akan dibuang. . 8. Sistem forum akan dikemaskini dari semasa ke semasa. - Ciri-ciri baru sistem forum akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, buat masa ini sila gunakan apa yang ada dahulu. Dikemaskini pada: 23 Mac 2025 p/s: Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika perlu.
133 dilihat 2 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Noted
1 tahun lalu Balas
0
Baik bos
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
21 Mac 2025     2 komen     230 dilihat
Jika anda mahu mengiklankan produk atau servis, sila buat iklan pada laman iklan yang disediakan. https://habniaga.brobaidi.com/iklan/ Sila tonton semua video panduan iklan ini supaya anda faham teknik membuat iklan berkesan.   1. Panduan iklan 1 – Cara tulis tajuk iklan   2. Panduan iklan 2 – Cara nak setkan maklumat iklan   3. Panduan iklan […]
Topik terbaru
6 Mei 2026     0 komen     4 dilihat
Nak pilih warna kereta Perodua ni nampak macam benda kecil je, tapi sebenarnya boleh effect rasa puas hati korang lama gila pakai nanti. Ramai orang pilih ikut sedap mata masa tengok showroom je, tapi lepas pakai baru perasan warna tu tak praktikal untuk lifestyle sendiri. Kalau korang jenis busy, tak sempat nak basuh kereta selalu, […]
6 Mei 2026     0 komen     3 dilihat
Kalau korang tengah survey nak beli kereta Perodua, paling penting jangan main pilih ikut sedap mata je. Setiap model tu sebenarnya dah “dibina” untuk kegunaan tertentu. Jadi lagi mudah kalau korang tengok satu per satu ikut model dan faham siapa yang sesuai pakai. – Perodua Axia Axia ni memang pilihan paling basic tapi sangat praktikal. […]
6 Mei 2026     0 komen     2 dilihat
Nak beli kereta ni sebenarnya bukan sekadar tengok design lawa, masuk duduk rasa best, terus decide nak ambik. Ramai orang tersilap kat sini sebab ikut emosi dulu, baru fikir logik kemudian. Padahal kereta ni komitmen jangka panjang, bukan pakai setahun dua dah settle. First sekali, korang kena jelas tujuan beli kereta tu. Nak guna pergi […]
Lain-lain topik
23 April 2025     4 komen     116 dilihat
Walaupun dah zaman AI, jangan tinggalkan 10 aktiviti bisnes ini. Ia sentiasa evergreen dan wajib dibuat untuk bisnes berkembang 👇 . 1. Kumpul Database (Nama, Emel, Nombor Telefon, WhatsApp) • Boleh guna AI untuk tarik prospek, tapi proses kumpul & susun tetap kena buat. • Ini aset bisnes paling penting untuk jangka panjang. . 2. […]
8 April 2025     3 komen     121 dilihat
Meskipun melalui pelbagai cabaran dan kegagalan. Namun, sikap tidak mudah berputus asa Khairul Aming telah membawanya kepada satu kejayaan yang cukup manis. Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ pasti anda sudah dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya. Bukan hanya terkenal di seluruh platform media sosial tetapi influencer dan usahawan, Khairul Aming ini juga sentiasa […]
18 April 2025     1 komen     116 dilihat
“Bos, Macam Mana Nak Bentuk Team Mantop?” Dulu… AbeMie lantik team ikut perasaan je. Asal nampak dia laju cakap, terus masuk team sales. Asal nampak rajin design, terus angkat jadi team konten. Asal nampak dia ikut kita dari zaman susah, terus bagi jawatan leader. Niat tu baik. Tapi banyak kali silap. Bila kerja tak jalan, […]
HabNiaga.com © 2026