Kisah inspirasi Khairul Aming

8 April 2025
Meskipun melalui pelbagai cabaran dan kegagalan. Namun, sikap tidak mudah berputus asa Khairul Aming telah membawanya kepada satu kejayaan yang cukup manis. Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ pasti anda sudah dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya. Bukan hanya terkenal di seluruh platform media sosial tetapi influencer dan usahawan, Khairul Aming ini juga sentiasa dihormati dengan sikap profesional dalam menangani sesuatu masalah. . Cerita kisah kehidupan pada 10 tahun lepas Baru-baru ini, Khairul Aming yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-30 telah memuat naik satu video menceritakan tentang perjalanan hidupnya di TikTok pada 10 tahun lalu sebelum bergelar sebagai seorang usahawan. Menerusi video tersebut, ketika berumur 20 tahun dia telah melanjutkan pelajarannya di Vanderbilt University, Amerika Syarikat selama 4 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sains bahan serta menerima anugerah dekan dan AT&T. Sepanjang tempoh pembelajaran, usahawan itu turut menimba pelbagai pengalaman dan mula menceburi bidang videografi bermula pada umur 21 tahun sehingga memenangi tempat pertama bagi pertandingan International Travel Video di USA. . Pulang ke tanah air untuk bekerja Pada usia 23 tahun, dia pulang ke tanah air dan bekerja dalam bidang ‘oil dan gas’ sebelum masuk ke bahagian logistik selepas setahun dalam pekerjaan tersebut. Jelasnya, berada di dalam bidang tersebut banyak mendedahkan kepada dunia perniagaan dan dapat mempelajari pelbagai cabang bidang lain seperti pengurusan, kewangan dan banyak lagi. . Umur 25 tahun, Khairul Aming nak cari duit dengan berniaga Ketika berusia 25 tahun, Khairul Aming kemudian ingin mencari duit tepi dengan melakukan beberapa perniagaan namun gagal lalu memutuskan untuk membuat video masakan dan dimuat naik dalam chanel Facebook yang dinamakan ‘Rasapop’. Menurutnya, pada 26 tahun chanel Rasapop itu telah mendapat sambutan menggalakkan sehingga menerima setengah juta pengikut, yang kemudian membuatkan usahawan tersebut ingin melakukan perniagaan sambal sendiri. . Meniaga Sambal King gagal, mula tampilkan diri Namun, apa yang menyedihkan perniagaan yang diberi nama Sambal King itu juga gagal dan mengalami kerugian serta view di laman Facebook RasaPop turut merundum sehingga membuatkan dia terpaksa membina semula nama daripada awal. Di usia 27 tahun dia mula menonjolkan diri sebagai Khairul Aming dan mula mendapat perhatian ramai sehingga memiliki jutaan pengikut. Meskipun gembira dengan perkara itu namun dia turut mengakui privasinya hari demi hari berkurangan. . Bapa pergi menghadap ilahi, berhenti kerja dan mulakan Sambal Nyet Namun dalam kegembiraan yang dimiliki, dia turut diuji apabila bapa tercinta dijemput menghadap ilahi dan dalam tahun yang sama usahawan itu membuat keputusan berhenti dari kerjayanya dalam bidang minyak dan gas untuk memulakan perniagaan Sambal Nyet pada usia 29 tahun. Selepas melalui pelbagai cabaran dan kegagalan dalam kehidupan, akhirnya usahawan ini berjaya dalam perniagaannya apabila membuat jualan lebih RM7 juta serta habis dijual setiap hari di dalam aplikasi atas talian. . Bersyukur dengan kejayaan Sambal Nyet, nak jumpa semua yang dah menyokong Katanya, dia bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang dimiliki dan kini telah berjaya membuka dua kilang Sambal Nyet dan menyatakan kilang kedua masih mempunyai sedikit lagi pengubahsuaian sebelum boleh digunakan sepenuhnya. Tambahnya, disebabkan tiada lagi sekatan kerana pandemik Covid-19 maka usahawan ini ingin berjumpa dengan orang ramai yang telah menyokong kerjaya dan perniagaannya. Dia turut memaklumkan sempena usia 30 tahun, usahawan ini mahu mengembara ke lebih banyak tempat sebagai ganjaran untuk diri sendiri dan membuat konten yang lebih menarik di luar sana. . Ramai kagum dan jadikan sebagai kejayaan Khairul Aming sebagai inspirasi Meninjau di ruangan komen, kelihatan ramai yang kagum dengan usahawan tersebut dan menyatakan ia boleh dijadikan sabagai satu inspirasi yang baik. Artikel asal: https://www.buzzkini.com/trending/2022/09/26/inspirasi-khairul-aming-cerita-cabaran-10-tahun-lalu-sebelum-sukses-jual-sambal-nyet-video/
Kisah inspirasi Khairul Aming
Kisah inspirasi Khairul Aming
Kisah inspirasi Khairul Aming
121 dilihat 3 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Ramai jgk yg saya jumpa, mereka kata mereka beli sambal nyet KA ni bukan sbb sedap sgt pun, tapi sbb aura KA tu. Kalo bukan sbb aura KA tu mmg dia tak beli dah.
1 tahun lalu Balas
0
Betul. Kawan saya pun ramai mcm ni. haha
1 tahun lalu Balas
0
Antara tokoh usahawan muda terhebat.
1 tahun lalu Balas
0
Dah terkenal sampai luar negara. Tgk hari tu dia kat Dubai.
1 tahun lalu Balas
0
KA pun pernah gagal. Maknanya tiada orang hidup terus berjaya. Cuma lihat apa yg KA buat untuk bangkit balik. Bukan buat produk baru terus, tapi fokus kepada menonjolkan diri dan bina peminat.
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
4 Mei 2025     0 komen     111 dilihat
“Kenapa orang berjaya terus berjaya dan kenapa orang biasa susah nak berjaya.” Ini antara sebabnya: . 🎯 1. Fokus dan berdisiplin Orang berjaya ni fokus bila buat sesuatu, dan bila dia buat sesuatu dia buat dengan bersungguh-sungguh buat dengan penuh disiplin, tepati segalanya dan bukan separuh jalan, rasa down dan terus berhenti. Jangan berhenti kalau […]
8 April 2025     1 komen     124 dilihat
Pernah terfikir kenapa hidup kita tidak berkembang dan sentiasa di takuk lama? Ramai juga rasa putus asa bila memikirkan kehidupan yang tidak berubah dari dulu. Empat sebab utama mengapa terjadi begini ialah: 1. Tiada jaringan (No connections) – Ini merujuk kepada kekurangan hubungan atau kenalan yang boleh membantu kita berkembang dalam kerjaya atau kehidupan. 2. […]
23 Mac 2025     2 komen     150 dilihat
Jan Koum, pengasas WhatsApp, adalah satu lagi contoh bagaimana seseorang boleh bangkit dari kesusahan dan menjadi jutawan melalui usaha dan keazaman. 🥇 Belakang Kehidupan Jan Koum dilahirkan pada tahun 1976 di sebuah perkampungan kecil di Ukraine yang ketika itu masih di bawah pemerintahan Soviet Union. Kehidupan di sana sangat susah, dan keluarganya hidup dalam keadaan […]
Topik terbaru
6 Mei 2026     0 komen     4 dilihat
Nak pilih warna kereta Perodua ni nampak macam benda kecil je, tapi sebenarnya boleh effect rasa puas hati korang lama gila pakai nanti. Ramai orang pilih ikut sedap mata masa tengok showroom je, tapi lepas pakai baru perasan warna tu tak praktikal untuk lifestyle sendiri. Kalau korang jenis busy, tak sempat nak basuh kereta selalu, […]
6 Mei 2026     0 komen     3 dilihat
Kalau korang tengah survey nak beli kereta Perodua, paling penting jangan main pilih ikut sedap mata je. Setiap model tu sebenarnya dah “dibina” untuk kegunaan tertentu. Jadi lagi mudah kalau korang tengok satu per satu ikut model dan faham siapa yang sesuai pakai. – Perodua Axia Axia ni memang pilihan paling basic tapi sangat praktikal. […]
6 Mei 2026     0 komen     2 dilihat
Nak beli kereta ni sebenarnya bukan sekadar tengok design lawa, masuk duduk rasa best, terus decide nak ambik. Ramai orang tersilap kat sini sebab ikut emosi dulu, baru fikir logik kemudian. Padahal kereta ni komitmen jangka panjang, bukan pakai setahun dua dah settle. First sekali, korang kena jelas tujuan beli kereta tu. Nak guna pergi […]
Lain-lain topik
21 Mac 2025     2 komen     230 dilihat
Jika anda mahu mengiklankan produk atau servis, sila buat iklan pada laman iklan yang disediakan. https://habniaga.brobaidi.com/iklan/ Sila tonton semua video panduan iklan ini supaya anda faham teknik membuat iklan berkesan.   1. Panduan iklan 1 – Cara tulis tajuk iklan   2. Panduan iklan 2 – Cara nak setkan maklumat iklan   3. Panduan iklan […]
20 Mac 2025     2 komen     149 dilihat
Sebelum melancong, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dan persiapkan supaya perjalanan anda lebih lancar, selesa, dan selamat. Berikut adalah panduan yang boleh membantu: ⛱ 1. Rancang Destinasi & Itinerari Perjalanan ✈️ Tentukan lokasi yang ingin anda lawati dan buat jadual perjalanan (itinerari). ✈️ Kenal pasti tempat menarik, aktiviti yang boleh dilakukan, serta […]
24 Mac 2025     1 komen     232 dilihat
​Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi Tahun Taksiran 2024 yang boleh dituntut semasa pengisian e-Filing pada tahun 2025:​ 1. Pelepasan Individu dan Tanggungan: ➜ Individu dan saudara tanggungan: RM9,000​ ➜ Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000​ ➜ Individu kurang upaya: RM6,000​ ➜ Suami atau isteri kurang upaya: RM5,000​ ➜ Yuran pengajian (diri sendiri): RM7,000​ […]
HabNiaga.com © 2026